Friday, December 4, 2020

Surat Seri Johan Pahlawan kepada Kalun (MS 40320/7, f.199) berkaitan kerbau yang dicuri dan dijual di Pulau Pinang

Alhamdulillah

Surat tulus ikhlas serta kasih sayang daripada Seri Johan Pahlawan datang kepada sahabat beta kalun dari Pulau Pinang 


ahwal maka adalah kerbau beta dicuri orang dari Kedah dibawanya ke Kuala Muda lebih kurang banyaknya dua puluh ekor maka kerbau itu hendak dijualnya pada Dato’ Pahlawan maka tengah duduk berkira2 maka beta pun sampai maka kerbau itu dibawanya lari tiada berketahuan maka beta suruh hikat cahari maka bertemulah pencuri itu maka beta tangkab hikat taruh hendak bawa ke Kedah maka kerbau itu pun beta ambil kerana kerbau itu sah nyata kerbau beta boleh Dato’ Gunador periksa sekala orang Kedah yang sampai ke Pulau Pinang itu maka sudah beta ambil hendak bawa pulang ke Kedah pun kerana sudah dekat ke Pulau Pinang maka beta suruh bawa pergi jual maka sekarang ini tiba2 datang ditahan Hakim Bandar tiada dengan suatu sebab inilah maka beta pun sangat hairan kandiri beta di dalam itu pun jika ada utang piutang pada ianya beta pinta dengan tolong sahabatlah mengeluari tapak tangan beta itu beri mari boleh beta ketahui akan fasalnya ahwal inilah beta takrifkan tamat

No comments:

Post a Comment