Friday, December 18, 2020

Surat Nakhoda Abdul Rahim kepada Francis Light (MS 40320/7, f.240) berkaitan pembelian kerbau di Perai (Selasa, 27 Ramadhan)

Al-Mustahaqqah

Hamba Dato’ Nakhoda Abdul Rahim maklumkan kehadrat qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang dipeliharakan Tuhan sarwa sekalian alam 


ada titah duli Tenku Raden Muhamad suruh hamba Dato’ cahari beli kerbau dalam Perai barang sepuluh lima ekor maka tiada boleh yang boleh lima ekor jantan tiga betina dua yang seekor betina itu jadi memberi Tenku Raden Muhamad akan qadam Dato’ akan harganya kerbau yang empat itu mana kasihan qadam Dato’ akan hamba Dato’ ini maka itulah To’ rakan hamba suruh bawa kerbau itu dan lain daripada itu To’ rakan pula membawa kerbau empat ekor jantan keempatnya besar tiga kecik seekor dan nyor muda lima belas biji hamba Dato’ beri per[g]i pada To’ rakan itu perbuat surat pada tujuh likur hari bulan Ramadhan hari Selasa

No comments:

Post a Comment