Qawluhu al-Haqq
Hijrat nabi Salla Allah ‘alayhi wa salam seribu seratus sembilan puluh sembilan pada tahun Ha pada bulan Ramadha[n] hari Jumaat pada waktu duha pada masa itu maka adalah Cik Nakhoda Mamat membayar orang berutang pada Nakhoda Warap empat beranak laki isteri
seorang bernama Din bin Rak isteri bernama Kecir anaknya seorang2 bernama Suman dan seorang bernama Raba’ banyak utangnya tiga puluh ringgit dan dengan seringgit pulau tatkala menyurat ini dihadapan tuan Imam Makota dan dihadapan Lebai Muhidin wa katitibu Hatib Jamalul tamat
Inilah bekas jari Din bin Raq tanda sah dianya berutang seperti dalam surat
Inilah bekas jari isterinya tanda sah dianya berutang seperti dalam surat
No comments:
Post a Comment