Sunday, December 6, 2020

Surat Maulana Sayid Hasan kepada Kapitan Cik Ki (MS 40320/7, f.202) berkaitan pertemuan dengan Francis Light

Al-Mustahaqq

Alamat surat daripada Maulana Sayid Hasan sampai kepada Kapitan Cik Ki di Pulau Pinang 


ahwal adalah hamba mari dari Senggora maka pesan Raja Senggora pada hamba suruh pergi ke Pulau Pinang maka hamba hendak pergi kepada Gunador tiada mau terima kerana di dalam haru hara maka Senggora pun dan Raja Legor dan Raja Merdalong pesan pada hamba suruh kapitan muafakat dengan segala orang Cina Gunador tahankan baik2 sementara Raja Senggora bicarakan dengan Raja Legor dan Raja Merdalong ambil surat Raja benua Siam tahankan orang Kedah jangan beri masuk bersama lanun itu maka tunggu su itu jangan Gurnador taruh dilepas pulang ke Kedah jika ditaruh jadi susah Gurnador tiada jadi guna muafakat jaga kawal baik2 jika Gurnador beri surat mari suruh hamba pergi ke Pulau Pinang boleh hamba bicara pergi maka segala suku keling Melayu suruh bersumpah setia dengan tolong Allah dan Rasul tiada mengapa muafakat dengan Nahoda Kecik dan Faqir Kandu nyatakan pada Gurnador su muafakat dengan Kapitan Glass dan Kapitan Faskat bicara baik2 jangan cadar segala orang putih maka hamba hendak pergi ke Senggora nanti kalau ada Gurnador balas surat hamba ini boleh hamba ketahui masutat kehendak Gurnador maka surat ini bawa pada Gurnador maka baca taruh pada Gurnador surat ini dan maka Saudagar Mirangkandu dengan segala Keling2 dan Melayu jangan dilepaskan barang seorang maka pinta balas juga surat hamba ini jika hamba boleh pergi tiada mengapa boleh hamba bicara muafakat dengan Gurnador jadi kebajikan akan surat hamba surat pada Gurnador itu tiada hamba tentukan segala bicara inilah hamba tentukan katata dengan sebab hamba kasih akan Gurnador segala khabar nyatalah perbawa suruh ini tamat

No comments:

Post a Comment