Friday, December 4, 2020

Surat Cik Lu Ngak kepada Francis Light (MS 40320/7, f.201) berkaitan pembelian beras (Sabtu, 26 Zulhijah 1205 / 27 Ogos 1791)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berputusan daripada anakanda Cik Lu Ngak barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam kiranya pada Dato’ Gurnador yang termasyhur merintah bandar Pulau Pinang yang amat masyhur gah kepujian pada segala negeri atas angin dan baruh angin lagi amat bijaksana pada perintah berkasihan dengan segala handai taulan 


kemudian dari itu ahwal akan surat Dato’ beri nyatakan mari pada Kapitan Jaga2 pinta beras atau rial fasal ambilan anakanda itu telah sampailah pada hari Sabtu tiga belas timbul bulan Zulhijah maka anakanda pun tiada lupa sebab tiada boleh senang ini baharu senang sedikit maka datang kerja bendang tiada orang berjual beras niat anakanda lepas bulan Muharam nilah anakanda hendak himpun beras bawa hantarkan maka ini sampai kapitan Jaga2 ini sangatlah usaha anakanda suruh cahari beras sampai ke Setul tiadalah boleh sebab tengah kerja bendang dengan tolong Tuhan sarwa alam sekalian lepas bulan Muharam timbul bulan Safar itu anakanda himpun beras mana bolehnya anakanda sendirilah bawa pergi ke Pulau Pinang bayar selesaikan segala ambilan anakanda itu hal beras itu Kapitan Jaga2 pun lihat dalam Perlis ini maka inilah anakanda nyatakan pergi surat hari Sabtu enam likur bulan Zulhijah 125 tamat

No comments:

Post a Comment