Qawluhu al-Haqq
Hamba Dato’ Saudagar Nasruddin maklumkan ke hadrat Dato’ Gurnador yang ada dengan istirahat al-khair dalam Pulau Pinang barang ditambah Allah kiranya kebesarannya dan kemuliaannya selama ada hayat zamannya wa ba’dah
ahwal hamba Dato’ ini maka sebabpun jadi berlambatan pergi ke Pulau Pinang ini kerana hamba Dato’ ini sakit sebulan2 puasa ini maka sekarang dengan tolong Tuhan Allah ada sihat sudah maka insya Allah Ta’ala dalam bulan ini hamba Dato’ mengadap Dato’ adanya sebermula jikalau Kapitan Uskut hendak berkirim surat ke Benggala dan jikalau dianya minta perkiraan hendaklah Dato’ beri serta Dato’ pun buat surat Dato’ beri pergi bersama2 kepada Mister Firli ahwal itulah hamba Dato maklumkan dan adalah hamba Dato’ berkirim menggusta akan hadrat Dato’ lima ratus adanya tamat al-kalam
Dan Tenku Raden Muhamad kirim tabik kepada hadrat Dato’ adanya
No comments:
Post a Comment