Thursday, December 17, 2020

Surat Nakhoda Cik Sah kepada Cik Ngah (MS 40320/7, f.235) berkaitan penghantaran beras dan pinjaman wang daripada Francis Light (Jumaat, 19 Zulhijah)

Ya ‘Aziz

Afdal al-salam yang takrim daripada adinda Nakhoda Cik Sah datang ke hadrat kekanda Cik Ngah yang aziz 


ahwal itulah beras sebuah perahu muatannya empat koyan dibawa Nakhoda Cik Jilani pinta hadrat kekanda terima simpan taruh serta bicara jualkan dengan sepertinya beras itu maka sekarang perintah adinda ini sudahlah dibeli kerbau adalah lebih kurang seratus ekor titah baginda Yang Maha Mulia pun sudah benar bawa jalan darat pergi ke Pulau Pinang maka adinda sudah siab bicara tetapi adalah kurang belanja sedikit itulah pinta hadrat kekanda berdatang sembah pergi kepada Dato’ Gurnador pohonkan tolong dipinjam barang seratus rial beri mari pada orang membawa surat ini Panjang Bulat dengan segeranya jangan gendala adinda sebab tiada belanja itu hubaya2 hadrat kekanda bicara pohonkan pinjam rial itu jangan tiada maka akan Cik Mia bawa lembu Dato’ Gurnador itupun kekanda suruh ia balik ke Kedah segera boleh adinda muat lembu hantar pergi itupun jangan gendala jika sudah sampai balik Panjang Bulat itu adinda pun pulanglah di dalam empat lima hari itu ke Pulau Pinang hanya fasal belanja inilah adinda menanti2 itulah jangan hadrat kekanda halpakan perintah ini serta hadrat kekanda nyatakan apa kehendak Dato’ Gurnador dinyatakan mari mana kuasa tanggungan adinda jawab bicara bawa pergi2 surat pada sembilan belas hari bulan Zulhijah hari Jumaat tamat al-kalam tamat

No comments:

Post a Comment