Tuesday, December 8, 2020

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/7, f.209) berkaitan pembelian opium dan penjualan timah serta pemulangan orang yang lari dari Selangor

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah alamat surat kirim tabik banyak2 syerta  tulus ikhlas putih hati iaitu daripada Yang Dipertuan di dalam negeri Selangor barang disampaikan Allah Subhanatu Wa Taala apalah kiranya kepada sahabat kita Gannor  yang ada duduk di Pulau Pinang 


adapun kemudian daripada itu barang kiranya sahabat kita tahu akan hal sahabat kita ada menyuruhkan sebuah bot ke Selangor telah selamatlah sampai  kepada kita seperti dagangannya pun adalah kita ambil serba sedikit seperti opiunnya  kita minta tiga ratus rial tiada ia mau maka sekarang yang mana kita ambil dagangannya sudahlah [k]ita  bayar ada timah sedikit itulah kita beri kepada kapitan itu kerana tiada lagi timah kita terkampung kemudian jika sahabat kita hendakkan timah di dalam dua bulan ini suruhlah bot sebuah ke Selangor bolehlah timah sedikit2 kita suruh kampungkan kepada Si Tim  adapun kemudian daripada itu barang tahu kiranya sahabat kita akan hal ada orang kita lari dari Selangor Cina tiga orang Melayu satu orang Melayu itu Pak Bandu  namanya Cina tu seorang Seng  namanya seorang Gan  namanya seorang Tin  namanya serta dengan sagur kita sebuah dibawanya hendaklah sahabat kita tolong barang siapa yang ada ke Selangor sahabat kita suruh bawa orang itu serta dengan sagur kita itu hubaya2 jangan tiada sahabat tolong juga intaha al-kalam bi al-khair wa salam

Kemudian lagi kita minta kepada sahabat kita senapang barang tiga pasang yang baharu belum dipakai yang baik kita hendak pakai sendiri lagi gurdi tiga lusan jangan tiada barang berapa harganya kita bayar

No comments:

Post a Comment