Ya ‘Aziz
Afdal al-tahiyyat wa al-salam ma’a al-madah al-‘izam daripada adinda Hakim bawa ke hadrat sifah al-fakhirah wa lataif al-salamat al-zahirah iaitu hadrat kekanda Nakhoda Husna Merikan yang ajlal lagi akram ashraf Allah Ta’ala bi al-‘iz wa al-tamkin wa nasarah wa al-fath al-mubin bi barakat sayyid al-mursalin amin ya rab al-mutatohirin amma ba’d
akan adinda memulai katat al-ikhlas yang dilayangkan rih al-basyar pada mengfarahkan fuad al-wara tanda mahabat yang mutaqadimin ila mutaakhirin antara hadrat kekanda dan adinda supaya akan jadi nasihah ‘ala al-dawam min bayn al-khas wa al-‘am ahwal adalah tahun yang sudah pulang daripada hara haru Bugis pergi adinda pada hadrat kekanda itu Dato’ Seri Maharaja Khan Khan maka terbuka fuadnya diberinya suatu cit suruh adinda bawa pada Dato’ Orang Kaya Laik Kapitan Dewa Raja maka dengan kesukaan serta kasihnya diterima Dato’ itu maka dengan seketika itu jua Dato’ itu beri cit suruh adinda terima beras kemudian adinda terima sendiri mata emas dan permadani sudah adinda suruh adinda itu Lebai Tambi suratkan pada daftar ambilan adinda maka baki lagi itu adinda hendak berulang ingarkan Dato’ itu banyak kali tiada sampai budi lagi adinda disuruh duli Yang Dipertuan salin kitab duduk dalam kerja menyurat maka jadilah adinda pinta susah hadrat kekanda menganti tubuh adinda adik Dato’ itu dengan bercahaya muka dan lidah yang amat fasih membawa kata yang benar pada ketika kesukaan duduk perangai Dato’ itu menyatakan hal adinda sangat menaruh ikhlas kerana Dato’ itu jadi turus semerba negeri sepatutnya Dato’ itu ingat lagi menyayang memelihara kita semua meramaikan kebesaran dan kemuliaan Dato’ itu syahadan jika sekiranya kasihan diberi Dato’ itu baki lagi itu hadrat kekanda pinta padi atau beras kesemuanya terima ambil beri mari tolong adinda atau surat hadrat kekanda boleh adinda beri pergi teman dan perahu sambut ambil mari insya Allah Ta’ala adinda pun boleh Dato’ itu suruh telah haraplah adinda akan bolehnya pada ketika ini intaha al-kalam ma’a du’a ‘ala al-dawam
No comments:
Post a Comment