Wednesday, December 9, 2020

Surat Tengku Muda Muhamad Sa'at kepada Francis Light (MS 40320/7, f.214) berkaitan permintaan kapal lengkap bersenjata

Salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Muda Muhamad Sa’at barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta’ala kiranya kepada pihak sahabat kita Gunado Pulau Pinang setelah dipelihara akan Allah Ta’ala kira kepada datang kandu amin ya rab al-‘alamin amma ba’du 


adapun kemudian dari itu barang maklum kiranya akan hal ahwal perbuatan kita kirim kertas sekeping akan sahab kita datang Kandu Pulau Pinang kerana hamba beri perkataan ini kepada sahab kita hamba pintak tolong kasih dan sayang datang Pulau Pinang kerana kata diri kepada Allah dan kepada Rasulullah dan kepada Kandu kerana dalam nenggeri Aceh benar Raja Aceh tiada diperimam lagi sekali2 Pertua tiga segi pertama2 Panglima Po Lam Dua Puluh Dua dan Pertua Dua Puluh Enam dan Pertua Panglima Dua Puluh Lima jadi tiga Panglima Aceh sudah dikirim surat kepada kita sekalian itu sekarang pun hamba pintak tolong banyak2 dan sangat2 kasih sayang akan hamba daripada Kandu hamba pintak kapal sebuah dengan lengkap alat senyata sebab hamba pintak kapal kepada sahab kerana kapal Raja Acheh ada dua tiga dengan orang Putih sama2 sebab itulah sekarang pun jikalau sudah sampaikan sempurna hajat hamba insya Allah Ta’ala janji itu hamba sampaikan bagi hajat sahab tuan jikalau akan dagangan sedikit banyak dalam nenggeri Aceh bolehlah bagi hajat tuan dan dalam Teluk Semawi pun demikianlah juak dengan segala2 sebab Pertua Aceh sudah bersumpah kepada Quran sekalian orang itu baik dengan jahat tiada perimam lagi demikianlah tamat al-kalam bi al-khairi amin ya rab al-‘alamin

No comments:

Post a Comment