Qawl al-Haqq
Surat tulus ikhlas kasih sayang daripada Penggawa sampai kepada Dato’ Gurnador yang aziz hafiz Allah Ta’ala ‘ala al-dawam
ahwal adalah surat hazrat Dato’ dibawa kapitan sulab Uskut telah sampailah pada perhamba dengan sempurna tersebut dalamnya hazrat Dato’ tanyakan khabar fasal dagangan hazrat Dato’ perhamba suruh ambil dagangan itu perhamba beri naik ke Legor tiada turun baharu sekarang Raja Terang turun tiada berjumpa lagi dengan perhamba maka adalah perhamba beri timah kepada kapitan sulab dengan saudara perhamba itu likan tiga bahara Salang pintak hazrat Dato’ suruh terima sutera perhamba berjumpa dengan Raja Terang boleh perhamba selesaikan sebermula hazrat Dato’ pintak orang lut seratus orang itu telah fahamlah perhamba maka sekarang itu ba’d ini orang lut pun dalam pecah belas musim ini insya Allah Ta’ala jika tiada apa aral apabila perhamba pergi kepada hazrat Dato’ mana bolehnya perhamba bawa kerana niat cita siang dan malam seboleh2 hendak berjumpa juga dengan hazrat Dato’ ahwal itulah perhamba maklumkan tamat
No comments:
Post a Comment