Qultu
Surat tulus ikhlas serta kasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada perhamba Saudagar Raja sampai ke hadrat sahabat perhamba Kapitan Uskut yang amat budiman lagi bijaksa[na] pada segala perintah jalan kebajikan
kemudian dari itu ahwal itulah perhamba beri pergi Nakhoda Husna Marikan mendapat hadrat sahabat perhamba dengan mudah mudahan sahabat perhamba beri mari opiun sepuluh peti opiun yang baik serta serupa harganya diperbuat surat sahabat perhamba ditentukan harganya diserah pada Nakhoda Husna Marikan itu beri mari sampai pada perhamba dengan sejahteranya maka akan kapal Surati ini apabila sudah berlayar dengan tolong Tuhan sarwa alam barang timah yang terhimpun dan rial perhamba beri pergi akan sahabat perhamba sebermula akan padi itu sudah terhimpun dengan mudah mudahan sahabat perhamba beri mari Jaga2 serta wakil sahabat perhamba boleh perhamba sukat serah beri pergi kerana padi itu banyak binasa dimakan tikus inilah hal perhamba takrifkan pada sahabat perhamba diperbuat surat sebelas hari timbul bulan Safar pada sanah 125 tahun2 dal Akhir tamat
No comments:
Post a Comment