Surat kasih sayang daripada beta Raja Jaya Indera sampai kepada sahabat beta Syahbandar Pulau Pinang yang merintah bandar
maka adalah perahu beta dibawa anak saudara beta nama Busu ia apa dua beradik seorang sudah mati lama sangat sudah pinta dengan penolong sahabat beta jika tiada boleh perahu harganya dua puluh lima rial rentaka sepucuk harganya sepuluh rial senapang dua pucuk harganya dua belas rial pinta sahabat beta kasi ambil jika boleh pinta sahabat kasih meneri pada orang membawa surat serta pinta sahabat balas surat beta boleh beta ketahui pinta sahabat beta sampaikan surat beta sepucuk kepada tuan janji ia dulu rahim boleh ia balas surat beta ini tamat
No comments:
Post a Comment