Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa ini surat tulus dan ihlas serta suci putih hati iaitu daripada Yang Dipertuan Selangor yang semayam di atas singgasana tahta kerajaan di dalam negeri Selangor barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian kehadapan sahabat kita Kapitan Uskut yang bernaung di dalam bandar Pulau Pinang sahadan barang ditetabkan juga daripada kedudukan dan kediamannya serta sentosa sejahteranya daripada Tuhan kita Malik al-Manan amin
ada pun kemudian daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita akan hal sahabat kita menyuruh hantarkan surat kira2 kepada kita yang dibawa oleh Kapitan Wilson telah sampailah kepada kita maka kita kira2lah dengan Sitam yang di dalam daftar sahabat kita maka adalah berlisih sedikit banyak di dalam daftar kita daripada kain yang kepada Kapitan Maris dan pemuras tembaga dan seperti meriam cakuk tembaga kurnianya pun ada serta yang kain kepada Kapitan Maris itu tunai kain dimbil Sitam ditimah ditimbangnya dan pemuras itu tiada kita mengambil dia dan seperti meriam itu ada kita ambil tatkala kita hendak pergi ke Melaka maka kita hendak timbang maka sahabat kita kata jangan timbang melainkan bawa jikalau selamat datang mau kembalikan pun baik jika tiada pun sudahlah kata sahabat kita maka sampai sekarang tiada bertemu dengan sahabat kita apalah yang itu sahabat kita sebut maka inilah kita beri surat kira2 kepada sahabat kita kerana segala2 kita tiada lupa kepada sahabat kita sebagaimana dahulu kepada hati kita akan sahabat kita demikian juga sekarang ini jikalau ada senang sahabat kita melainkan datang jikalau juga sahabat kita ke Selangor jikalau tiada belum juga selesai sahadan kita minta tolong beli meriam barang dua pasang yang panjang delapan hasta sahabat kita ke Selangor maka bawa serta barang mana ada dapat timah sedikit banyak di dalam Selangor boleh kita beri kepada sahabat kita mana sifat adanya intaha al-kalam tersurat kepada tiga likur hari bulan Jamadil Akhir waktu asar tarikh sanah 1205
No comments:
Post a Comment