Monday, October 29, 2018

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.52) berkaitan orang Kedah dan hutang (23 Jamadil Akhir 1205/27 Februari 1791)

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat sahifat al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang tiada berkeputusan dan mahabat yang tiada berkesudahan wa al-sa’ah wa al-zaman yang tiada bertirai dan hijab di dalamnya iaitu daripada Yang Dipertuan Selangor yang mempunyai singgasana  tahta  kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Ridhwan barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian apalah kiranya kepada pihak sahabat kita Senyur Gabernor yang mempunyai kebesaran dan perintah serta kemuliaan di dalam negeri Pulau Pinang yang sangat makmurnya dan lagi masyhur warta yang baik dan kemurahan pada mengembirakan ihsan wa al-aman lagi sangat mengasihan akan segala dagang yang gharib  dan yang ba’id barang tetab  kiranya sahabat kita daripada budi pekerti yang demikian itu serta dengan sempurna sejahtera adanya selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan dengan cahayanya barang sentosa jua adanya wa ba’dah 


daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita akan hal sahifah al-ikhlas wa tuhfat al-ihtisas yang diihtimalkan oleh sahabat kita kepada Kapitan Wilson  telah wasallah kepada kita dengan kamaliah ada pada ketika yang sentosa dan saat yang ria maka kita tilik di dalamnya daripada menyatakan perkara pekerjaan sahabat kita dengan orang Kedah maka mafhumlah kita akan ahwal itu sahadan  daripada pekerjaan Kapitan Gray  dengan kita itu pun ada di dalam sahifah al-ihlas  yang daripada sahabat kita itu maka inilah kita minta jalan yang benar kepada sahabat kita kerana beberapa sudah lamanya kita bersahabat dengan kompeni Inggeris belum ada lagi yang berbuat atas kita yang demikian itu selamanya kita berniaga dengan kompeni Inggeris jikalau kita membeli dagangan melainkan dagangan kita ambil harganya kita bayar mana dapat kepada kita atau timah atau emas dan barang sebagainya dan jikalau kita berjual timah sudah timbang harganya kita terima rialnya yang adat telah kita pakai selamanya2 maka betapa Kapitan Gray  kerja atas kita sudah ditimbang timah harganya tiada dibayar kepada kita dibawa pergi sampai ini belum berbayar dua musimlah sudah apa juga adat perniagaan kompeni Inggeris orang yang demikian itu di dalam perniagaan jikalau sudah adat kompeni Inggeris patut juga dengan jalan yang demikian itu sudahlah jikalau tiada patut jalan itu kepada kompeni Inggeris melainkan sahabat kita beri jalan kepada kita jalan yang benarkannya rial kita itu rial berniaga banyaknya seribu seratus dua puluh lima rial dan belanja simpanan dan gaji orang tengah delapan belas rial melainkan sahabat kita hendaklah beri ketentuan kepada kita daripada bicara itu supaya kita dapat tentunya daripada sahabat kita maka kita tahulah daripada jalan itu kerana belum lagi kita dapat pekerjaan berniaga maka demikian itu adanya maka tiadalah kita panjang lagi kalam melainkan istimal sahabat kita sahaja intaha al-kalam 
tersurat kepada tiga likur hari bulan Jamadil Akhir waktu ‘asar tarikh sanah 1205

No comments:

Post a Comment