Wednesday, October 31, 2018

Surat Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/6, f.5) berkaitan dagangan kain dan senapang

Al-Mustahaqqah 

Surat daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2 


ahwal adalah kici Tuan Gurnador dibawa anakanda itu Mister Bikin  bawa macam kain di dalam itu ada kain malmal  dikehendakinya harga itu seratus dua puluh sembilan rial pada sekodi perhamba tawar seratus sepuluh rial dan ada kain khas tanjung dikehendakinya harga itu dulapan puluh empat rial perhamba tawar tujuh puluh rial maka kedua jenis itu pun kata anakanda itu hendak pergi maklumkan pada Tuan Gurnador maka itulah adik perhamba Nakhoda Bapu itu perhamba beri pergi mengadap Tuan Gurnador pinta Tuan Gurnador putuskan harganya itu pada suatu jenis lima2 kodi jadi sepuluh kodi itu serah beri mari  pada Nakhoda Bapu demikian lagi dagangan barang yang patut ke benua Siam itu pun pinta Tuan Gurnador tentukan harganya serah beri xxxx  pada Nakhoda Bapu barang tengah dua ribu rial dengan kain khas itu jika tiada perakannya  Nakhoda Bapu akan kain khas sepuluh kodi itulah pinta Tuan Gurnador beri mari maka akan senapang di dalam kici Tuan Gurnador itu perhamba ambil tiga ratus pucuk serta sudah perhamba beri pergi surat dahulu maklumkan pada Tuan Gurnador itu pun pinta Tuan Gurnador tentukan harganya itu tanyakan mari pada perhamba akan ubat bedil suatu tong  Tuan Gurnador beri mari pada perang itu sudah sampai perhamba terima ambil belum lagi perhamba maklumkan pada ke bawah Duli Baginda Yang Maha Mulia kerana duduk bicara beri berjalan Siam itu ahwal inilah perhamba nyatakan tamat al-kalam tamat

No comments:

Post a Comment