Al-Shams wa al-Qamar
Ini surat Duli Yang Dipertuan Selangor datang kepada sahabat kita bernama Gurnador yang memerintahkan kota Pulau Pinang
akan hal sahabat kita menyuruh telah sampailah Kapitan Maqral akan hal seperti hutang adik kita sekali2 tiada lupa daripada siang dan malam akan tetapi sekarang ini apalah kita bayarkan jikalau sahabat kita hendak lekas selesai seperti hutang kita sebolehnya2 minta suhakan ke mari Kapitan Jam segari sehari itu juga sampai ia ke mari sehari itu juga kita bayar hutang itu jikalau tiada semuanya setengah tahukan ada jangan susah sahabat kita seperti hutang kita ini jikalau hilang Selangor hilanglah hutang kita jangan kecil hati sahabat kita kerana kepada kita punya hati Selangor sama Pulau Pinang sama akan fasal Kapitan Gray jikalau bolehnya2 minta suruhkan ia ke mari tekal ada ia melarikan harta kita terlalu banyaknya sebab kita percaya kepada dia kerana ia mengatakan orang kompeni di dalam Pulau Pinang memerintahkan segala sipai sekali2 tiada patut ia mengerjakan seperti demikian itu kerana kita terlalu percaya kepada dia seperti orang penyuri lakunya jikalau hendak selesai lekas suruhkan segera ke mari Kapitan Gray jikalau tiada Kapitan Gray ke mari tiada juga selesai terlebih banyak harta kita kepada Kapitan Gray daripada hutang adik kita akan hal sahabat kita pun tahu beberapa daripada orang tuha kita lagi beniaga di dalam Selangor tiada yang tersangkut atau dengan Inggeris atau dengan bangsa yang lain orang putih fasal jikalau ada orang membawa meriam besi atau tembaga barang panjang lima hasta jangan yang besar pingang minta bawakan ke mari boleh kita gempakan tamat tersurat kepada dua puluh tujuh haribulan Syaaban kepada hari Selasa waktu jam pukul tiga sanah 12030
No comments:
Post a Comment