Al-Mustahaqqah
Surat daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana
ahwal adalah orang besar Batu Bara kehendak meriam besi sepasang kepada perhamba panjang tengah lima hasta atau lima hasta hendak jadikan senjata perahu yang langsai baik rupanya jika ada pada Tuan Gurnador meriam itu perhamba pinta beli sepasang hendak beri pergi pada orang besar Batu Bara itu jangan putus harapan pada perhamba ini jika tiada meriam itu pada Tuan Gurnador pinta tolong belikan pada Kapitan Uskut itu ada meriam itu sudah dibawanya mari di kuala ini dahulu sudah putus harganya kepada Dato` Laksamana inilah Nakhoda Jamil perhamba beri pergi pada Tuan Gurnador jika sudah diperkenankan nakhoda itu pinta Tuan Gurnador nyatakan surat mari pada perhamba boleh perhamba suruh pergi ambil meriam itu perhambalah bayar harganya itu maka akan timah Tuan Gurnador kehendak itu adalah sudah tujuh puluh bahara lebih kurang sedikit disuruhlah mari terima ambil pergi surat malam Jumaat dua belas haribulan Ramadhan maka harga meriam Kapitan Uskut itu dahulu sudah putus harga pada Dato` Laksamana dua tambang meriam suatu timah Tuan Gurnador tentukanlah mari harganya itu tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment