Thursday, October 25, 2018

Surat Raja Muda di Perlis kepada Francis Light (MS 40320/4, f.18) berkaitan harga opiun

Qauluhu al-Haqq

Ini surat kasih sayang tulus serta ikhlas daripada Tunku  Raja Muda barang disampaikan kepada syaudara  kita Gurnador yang memerintah di Pulau Pinang itu maka telah masyhur pada segala negeri terpuji nama yang sempurna perintah yang adil dan memelihara segala dagang senteri yang teraniaya dan meramaikan bandar maka jadi kesukaanlah segala hamba Allah pergi berniaga pada Pulau Pinang itu mencari untungnya beroleh kemudahan dirinya masing2 itu 


syahadan ada pun kemudian dari itu adalah kita menyuruh Panglima Kuala Seri Muda Dewa pergi pada syaudara  kita pinta opiun  yang baik dua peti jikalau boleh pinta dengan harga murah sedikitnya syaudara  kita nyatakan pada Panglima Kuala dan diserah opiun  dua peti itu padanya bawa sampai pada kita dengan tanda surat syaudara  kita supaya tentu segala khabar daripada syaudara  kita di dalam itu mana jadi benar pada saudara kita seperti pinta kita itulah dinyatakan maka akan harga opiun  itu kemudian kita bayar beri selesai buat surat pada dua belas hari bulan haji hari Khamis tamat h bermula kakaz  kapas empat pendala  diserah pada Panglima Kuala juga harga mana kasih Salang  dam  kita  h

No comments:

Post a Comment