Wednesday, October 31, 2018

Surat Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/6, f.2) berkaitan harga beras

al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana2 


kemudian dari itu ahwal akan surat kertas daripada Tuan Gurnador beri mari ini telah sampailah pada perhamba dengan purnanya  maka segala yang tersebut di dalamnya itu telah fahamlah perhamba segala perkaranya itu maka sudah perhamba maklumkan pada ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia maka keluar titah terjunjung ke atas jemala perhamba suruh nyatakan pada Tuan Gurnador akan beras yang dipinta dalam sebulan tiga koyan akan jadi makanan orang di dalam kota Pulau Pinang dengan harga pada sekoyan empat puluh rial itu telah dibenarkan sebab kasih baginda akan Gurnador itu jadi rugi itu pun kesukaanlah dan fasal beras yang tuan Gurnador kehendak hendak berjual itu pun dibenarkan turut kesukaan baginda dengan harga yang baik barang yang boleh beras itu ditolong beli beri maka akan rakyat yang dipinta tuan Gurnador pohonkan itu sudah titah baginda disuruh kerah bawa turun jalan Kuala Muda dan fasal pitis  itu sudah perhamba maklumkan ke bawah duli baginda Yang Maha Mulia titah kata di dalam bicara hendak menyuruh kepada Tuan Gurnador menyatakan fasal itu buat surat pada hari Khamis [xxx] 

No comments:

Post a Comment