Thursday, October 25, 2018

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/4, f.19) berkenaan hutang

al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang isytaq al-mahabbah ‘ala al-dawam iaitu daripada Yang Dipertuan Selangor yang semayam di atas singgasana  tahta  kerajaan di dalam negeri Selangor barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya kehadapan sahabat kita Senyur Gubernor yang mempunyai perintah kebesaran dan kemuliaan di dalam negeri Kota Pulau Pinang amin thumma amin 


adapun kemudian daripada itu barang mafhum kiranya sahabat kita akan hal kita menyuruhkan kehadapan sahabat kita Haji Mahmud kepada sahabat kita akan hal saudara kita Raja Ali telah adalah dia di Selangor datang dari Siatan  membawa anak kita mangka  sekarang belumlah lagi kita lepaskan pergi kepada sahabat ke Pulau Pinang karena kita baru berjumpa dengan saudara kita itu Raja Ali itulah kita minta tolong utang  Ngai  kepada sahabat kita saudara kita itu Raja Ali kedua fasal Raja Ali kirim tabik banyak2 kepada sahabat kita Gubernor Pulau Pinang haraplah kita minta tolong kepada sahabat kita utang  Ngai  barang selaksa rial suatu pun tiada tanda alamat al-hayat hanyalah tabik banyak2

No comments:

Post a Comment