Al-Shams wa al-Qamar
Inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gobernur yang memerintahkan negeri Kota Pulau Pinang ialah yang amat setiawan daripada melakukan kasih berkasihan sahabat bersahabat antara Selangor dengan Pulau Pinang supaya kekallah selama lamanya wa ba’dah
kemudian daripada itu akan hal seperti surat sahabat kita yang dibawa oleh Kapitan Perkins telah sampailah kepada kita maka tersebut di dalamnya mengatakan ditetapkan harga timah di dalam sebahara lima puluh ringgit sekarang apalah sahabat kita taruhkan harga timah itu lima puluh ringgit melainkan biarlah bagai selamanya harga empat puluh lima ringgit di dalam sebahara kerana sangatlah ikhlasnya hati kita kepada sahabat kita biar kasih kita bagai selamanya serta berpanjangan melainkan janganlah sahabat kita ubahkan harga timah itu sekarang itulah pinta kita kepada sahabat kita sebagai seperti beras yang dibawa oleh kapitan itu banyaknya lima guni dua ratus gantang melainkan kemudianlah harganya kerana belum ada timah harga beras pada sekoyan enam puluh tiga ringgit sebagai lagi seperti tambar kita minta bubuhkan kulit dahulu jikalau belum pun terbubuh kulitnya melainkan barang siap sahabat menyuruh dahulu ke Selangor di situlah sahabat kita kirimkan sebagai lagi kita minta kirimkan kain gajah khura barang dua kodi dan celupan barang dua kodi atau tiga kodi celupan keling yang baik2 sahabat kita tentukan harganya sebagai kita minta carikan meriam tembaga ekor lotong barang tiga pasang yang baik2 sudahlah dahulu kita pinta carikan meriam besar pun tiada boleh sekarang yang kecillah seboleh2nya sahabat kita bicarakan bukannya kita pinta hutang sehari sampai kita bayar harganya meriam yang panjang tiga hasta atau tengah tiga hasta tersurat kepada dua puluh lima haribulan Muharam intaha al-kalam
No comments:
Post a Comment