Qauluhu al-Haqq
Bahawa inilah alamat surat Tuan Raja Selangor serta kirim tabik banyak2 kepada sahabat kita Gabenor di Pulau Pinang
ada pun kemudian dari itu barang tahu kiranya sahabat kita akan hal bot yang disuruh sahabat kepada kita itu membawa rial dengan opiun itu sudahlah kita suruh ambil kepada Sitam serta timah pun ada sedikit2 sudah juga kita suruh beri kepada Sitam kemudian lagi jika sahabat kita suka barang tiga puluh hari atau empat puluh hari suruhlah bot itu datang jikalau boleh timah sedikit2 kita suruh beri kepada Sitam dan lagi seperti pekakas besi yang sahabat kita sudah belikan kita itu hendaklah sahabat kita kirimkanlah kepada bot itu kerana kita hendak pakai bangat dan lagi jika ada senapang yang baik2 yang belum lagi dipakai barang dua pasang kerana kita hendak pakai sendiri itulah kita minta tolong belikan serta kirimkan kepada bot itu dan lagi seperti orang Cina yang lari itu serta dengan sagur kita itu hendaklah sahabat berikan kepada tangan Sitam orang Cina itu dengan lagi jika ada orang Selangor yang patut sahabat kita kirimkan sagur itu kita hendak pakai demikian adanya intahi al-kalam bi al-khair wa salam
No comments:
Post a Comment