Wednesday, October 31, 2018

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/6, f.6) berkaitan dagangan ubat bedil dan bayaran rial (Isnin, 8 Safar)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas yang sudi daripada perhamba Seri Maharaja Dewa kepada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana 


ahwal akan ubat bedil Tuan Gurnador beri mari dua tong itu sampailah pada perhamba maka kesukaanlah perhamba hendak ambil ubat itu maka perhamba siapkan perahu diberi pergi dengan rial sampai ke kuala ini ditahan ribut adalah sepuluh hari tiada boleh keluar dalam itu peroleh khabar kata orang bawa ubat  itu sudah berlayar kapal itu tiadalah jadi perhamba beri teman2 itu pergi maka ubat dua tong inilah jadi ambilan perhamba dan fasal ambilan Nakhoda Husna Marikan pada perhamba bawa ke Melaka tiga ribu rial lebih kurang sedikit maka sudah mari berkira2 fasal ambilan dahulu dan kemudian sudah selesai tinggal baki lagi kepada Nakhoda Husna Marikan itu seribu tujuh ratus enam puluh lima rial sekupang maka perjanjian Nakhoda Husna Marikan hendak pergi ambil rial ada tinggal di Pulau Pinang pada anaknya dan iparnya bawa mari wasal selesaikan maka sudah berapa lama lampau daripada janji maka perhamba panggil mari berapa pucuk surat sudah suruh bawa rial itu mari selesaikan maka rial itu pun tiada diberinya mari nakhoda itu pun tiada mau  mari inilah perhamba pinta dengan tolong Tuan Gurnador keluarkan rial kepada Nakhoda Husna Marikan itu beri mari kepada Nakhoda Faqir Sahib dan Hasan Kandu jika tiada keluar rial itu tubuhnya beri mari serahkan Nakhoda Faqir Sahib bersama anaknya itu pada perhamba ini haraplah perhamba akan tolong Tuan Gurnador suruh teman2 ambil Nakhoda Husna Marikan dengan anaknya itu serahkan pada Nakhoda Faqir Sahib dan Hasan Kandu itu bawa mari maka ada ambilan Nakhoda Husna Marikan di luar rial itu lima rial pula maka akan Marikan Kandu itu pun ada ambilannya pada perhamba maka perhamba hendak beri surat akan Tuan Gurnador pinta keluarkan maka dipinta oleh Wan Long Ismail pada perhamba bertangguh dahulu kemudian hendak berkira2 maka tiadalah jadi perhamba beri surat itu maka itulah daftar perhamba beri pergi fasal ambilan orang pada perhamba pinta Tuan Gurnador tolong keluarkan serah beri mari pada Nakhoda Faqir Sahib dan Hasan Kandu itu dengan daftar wasalnya perbuat surat hari Isnin dulapan haribulan Safar tamat

No comments:

Post a Comment