Thursday, October 25, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.29) berkaitan timah

Ya Ghafur Rahim

Ini surat tanda tulus dan ihlas  serta putih hati daripada Tenku  Raja Muda yang duduk di dalam negeri Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apa kiranya datang kepada Gurnador yang duduk di dalam negeri Pu[lau]  Pinang 


adalah akan hal pitis  yang dibawa oleh Kapitan Laksan  itu sudah kita terima lima ratus rigit  fasal lagi yang kepada Lebai Abdul Khatib yang keenam fasal itu sudah kita terima kepada tangan Lebai Abdul Khatib fasal lagi kerana kita tiada beri timah kepada Kapitan Laksan  kerana belum ada timah berakapung  tiada apa tanda hayat hanya doa kepada malam dan siang kepada segenap fi al-lail wa al-nahar tamat surat ini kepada waktu duha dewasa kepada hari Sabtu pukul sepuluh pagi hari tamat bi al-khairi wa al-salam

No comments:

Post a Comment