Friday, October 26, 2018

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.32) berkaitan barang dagangan sagu dan gambir

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat  Duli Yang Dipertuan Selangor yang Maha Mulia barang  disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gubernor yang memegang perintah di dalam negeri kota [koyak] ialah yang amat setiawan daripada kasih berkasihan sahabat bersahabat antara Selangor dengan Pulau Pinang supaya kekal selama lamanya wa ba’d 


kemudian daripada itu maka adalah kita menyuruhkan Nakhoda Lambang  itu dengan sebuah perahu serta ada gambir dengan sagu sedikit2 dibawanya pertama2 modal gambir dalam sepikul tengah tujuh ringgit dan modal sagu delapan puluh ringgit sekoyan melainkan dengan sebolehnya2 kita minta tolong bicarakan kepada sahabat kita dan jikalau ada boleh dengan bolehnya kita minta untung jugalah kepada sahabat kita sedikit2 jikalau sudah hendaklah sahabat kita suruhkan ia kembali ke Selangor dengan segeranya sebagai lagi kita minta carikan Kain Asahan putih yang halus2 barang dua tiga kayu

No comments:

Post a Comment