Thursday, October 25, 2018

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.28) berkaitan sagu

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati yang asyik al-mahabbah ‘ala al-dawam iaitu daripada Yang Dipertuan Selangor yang semayam di atas singgasana tahta  kerajaan di dalam negeri Selangor barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian apalah kiranya kehadapan sahabat kita Senyur Gubernor yang mempunyai perintah kebesaran dan kemuliaan di dalam negeri kota Pulau Pinang amin thumma amin 


adapun kemudian daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita akan hal kita menyuruhkan kehadapan sahabat kita sebuah perahu memuat sagu rendang nama nakhodanya Haji Mahmud melainkan sahaja kita minta tolonglah kepada sahabat kita daripada hal sakit sukarnya dan daripada jual belinya melainkan dengan tolong sahabat kita juga akan dia sahadan  daripada hal harga sagu itu melainkan bagaimana harga sagu kita yang dibawa Nakhoda Lambang  dahulu itu yang diambil oleh sahabat kita melaikan  begitulah kita minta tolong kepada sahabat kita hubaya2 jangan tiada maka suatu pun tiada burhan al-hayat hanya doa fi al-lail wa al-nahar intaha al-kalam

No comments:

Post a Comment