Ya ‘Aziz al-Rahim
Surat tanda tulus dan ihlas serta putih suci hati itu daripada Duli Tengku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Syah yang memerintahkan bandar negeri Selangor Darul Husus itu barang disampaikan Allah Subhanahu wa Taala apa kiranya datang kepada sahabat kita Gurnador yang duduk di dalam negeri Pulau Pinang yang dipeliharakan Allah Subhanahu wa Taala kepada malam dan siang
adalah akan hal akhwal kita menyatakan kepada sahabat kita seperti utang kita yang kepada sahabat kita itu seribu tujuh ratus dua puluh lima ringgit itu melainkan sahabat suruhlah orang terima ke Selangor supaya boleh segera utang kita sahabat kita terima karena kita endak menyuruh membawakan tiada boleh dari kerana sebab khabar orang banyak perompak di jalan dan lagi pun angin pun salah kerana itu tiada boleh kita menyuruh membawakan kepada sahabat kita melainkan kita mitak kepada sahabat kita seboleh2nya sahabat terima ke Selangor supaya boleh segera utang kita itu fasal kepada menyatakan kemudian daripada itu jikalau a dagangan seperti opiun yang baik barang empat peti sahabat kita utang ia lagi fasal lagi seperti dagangan kain yang mana Lebai Abdul Khatib suka melainkan sahabat kita berilah dan lagi beras barang empat koyan sahabat kita tolong bicarakan seboleh2nya melainkan sekalian dagangan itu sahabat kita berilah kepada kici muat akan antar ke Selangor bersama2 dengan Lebai Abdul Khatib fasal lagi kemudian daripada itu adalah akan hal akhwal kita menyatakan kepada sahabat kita kata ada orang namanya Nahoda Sahat itu lari dari Selangor khabar orang ada di Pulau Pinang melainkan seboleh2nya sahabat kita tolong tangkapkan fasal harta itu banyaknya lima ratus ringgit semuanya yang dibawa lari itu harta kita melainkan sahabat kita tolong seboleh2nya fasal kemudian daripada itu apa hal akhwal Lebai Abdul Khatib melainkan pulang kepada sahabat kita menolongnya seboleh2nya kemudian daripada itu tiada apa tanda hidup hanya doa kepada malam dan siang yang tiada khali lagi segenap al-lail wa al-nahar tamat al-kalam berbuat di waktu hari Khamis jam pukul sepuluh pagi hari waktu dewasanya
No comments:
Post a Comment