Friday, October 26, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.34) berkaitan dagangan beras dan opium

Ya ‘Aziz al-Rahim 

Surat tanda tulus dan ihlas serta suci putih hati itu daripada Duli Tengku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Syah yang memerintahkan bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita yang bermakam di dalam negeri Pulau Pinang Darul Hasan itu Gurnador yang bertambah2 izzah dan saadah di dalam negeri dunia ini selagi perkisaran cakerawala syams wa al-qamar thabit adanya amin thumma amin wa ba’dah 


kemudian daripada itu maka adalah kita kita menyuruhkan perahu sebuah kepada sahabat kita Nakhoda Jauhar  namanya itu kerana kita mitak  bicarakan beras kepada sahabat kita dahulu Allah kemudian sahabat kita haraplah kita kepada sahabat kita menyampaikan maksud seada nama mengubungkan  tali yang tiada berkeputusan mudahan2 bertambatan selagi ada hayat al-jasad kemudian daripada itu akan hal utang  kita yang kita mengambil kepada Kapitan Wilisan  itu melainkan kita tentukan kepada dia kemudian daripada itu kerana kita menyatakan kepada sahabat kita kerana kita endak  berlayar ke timur kepada bulan tibul  ini juga kerana kita endak  mendapatkan Raja Ali kemudian daripada itu jikalau ada dagangan seperti opiun  barang empat peti kita mita  tolong kepada sahabat kita kemudian daripada itu jikalau ada dagangan seperti kain putih barang sedikit melainkan sekaliannya itu serahkan kepada tangan Nakhoda Jauhar  itu maka apabila hadaslah  dagang dengan selesailah segala kira2 barang disegerakan ia berbalik jikalau diada sesuatu kesukarannya Nakhoda Jauhar  itu maka barang dengan ihtimal kepada sahabat kita menolongi atasnya sekalian supaya jangan terhal  kerana kita endak  berlayar ke timur kemudian daripada itu tiada apa tanda hidup hanya doa kepada malam dan siang tamat al-kalam bersurat kepada waktu isya 

No comments:

Post a Comment