Qawluhu al-Haqq
Salam kathir al-misk bal huwa a’ta ‘ala man lahu fi qalb shakhs musawwir wa saufa ilaika kathirah wa lakinnaha tukhfi urika ukhra amin ya rab al-‘alamin daripada isteri Tenku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Sah yang memerintahkan bandar negeri Selangor barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta’ala apalah kiranya kepada sahabat Dato’ Gurunador Pulau Pinang Darul Hasan serta beroleh sangat masyhur wartanya yang ihsan itu kepada sekalian dari itu bahawa sahifah al-‘aziz wa tuhfat al-jamaliah yang dibawa oleh Lebai Abdul Khatib itu telah selamatlah sampai kepada kita pada ketika yang akmal dan pada saat yang afdal dengan sejahteranya maka apabila terbukalah daripada lipatan meterinya hingga sampai kesudahannya maka kita pun mengucap syukurlah kita alhamdulillah serta fahamlah yang termazkur di dalam warkah itu
adapun akan ahkwal yang kita pinta tolong pada sahabat kita perbuatkan galak serta dengan alasnya dan ketur tempat berludah suatu dan kaki dian sepasang itu jikalau sudah ada hadir serta dengan tulus ihlas dan kasihan pada sahabat kita akan kita mudah2an kepada ketika inilah ada gunanya telah haraplah kita kepada sahabat kita pinta tolong bawa ke Selangor boleh kita hadirakan timahnya ahwal inilah kita nyatakan bermula kemudian dari itu kita minta kain gulung dua kayu yang kuningnya dan kain antelas ijau sekayu dan antelas ungu sekayu dan pedendang empat kayu dua ungu dua kuning bertambah2 sihat perbuat surat ini pada dua puluh lima hari bulan Jamadil Akhir kepada hari Sabtu pada waktu a'sar dewasanya tamat al-kalam yang membawa surat ini Amat
No comments:
Post a Comment