Thursday, October 25, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.20) berkaitan pembelian senjata api

Ya ‘Aziz al-Rahim

Ini surat tanda tulus dan ihlas  serta putih hati iaitu daripada Tenku  Raja Muda yang duduk istirehat negeri bandar Selangor barang disampaikan Allah Tuhan sarwa alam apa kiranya datang kepada sahabat kita Gurnador yang duduk negeri Pulau Pinang 


kemudian daripada iaitu adalah kita mita’  carikan kepada sahabat kita ubat bedil barang dua puluh tong dan lagi anak koci  kapu’  barang enam biji dan lagi tali belada  dan lagi pekakas tukang jikalau adalah sahabat kita berikan kepada tangan Penghulu Jeram itu dan lagi seperti ubat bedil iaitu jikalau boleh sahabat kita kirimkan jikalau ada kici berlayar negeri Selangor sahabat kita kirimkan jikalau tiada sahabat kita taruh kemudian karena kita pun endak  menyuruh dengan segera kepada sahabat kita tu kepada bulan tibul  ini jikalau tiada boleh kepada bulan tibul  ini panuh  bulan tibul  ini dan lagi sahabat carikan batu senapang barang seribu kita mita  taruhkan tamat tiada petanda hayat hanya doa kepada malam dan siang kepada segenap al-lail wa al-nahar tamat

No comments:

Post a Comment