Friday, October 26, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.31) meminta agar membantu Nakhoda Jauhar segera ke Selangor (17 Jamadil Akhir)

Qauluhu al-Haqq

Bahawa ini surat tanda tulus dan ihlas  serta hati yang putih itu daripada Duli Tengku Raja Mu[da] [wa]kil Sultan Ibrahim Syah yang memerintahkan bandar negeri Selangor barang disampaikan tuhan rab al-‘arsy al-‘azim apa kiranya datang kepada sahabat kita Gurnador yang duduk di Pulau Pinang 


adalah akan hal kita menyuruhkan Nakhoda Jauhar  dahulu kepada sahabat kita melainkan kita memita  tolong kepada sahabat kita segerakan berabagi  ke Selangor dengan segeranya jikalau ada suatu hal akhwal  Nakhoda Jauhar  itu melainkan sahabat menolong sebolehnya2 kemudian daripada itu tiada tanda hidup hanya doa kepada malam dan siang tamat al-kalam berbuat ini kepada tujuh belas hari bulan Jamad al-‘arkir  tamat pada hari malam rabi’

No comments:

Post a Comment