Monday, October 29, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.50) berkaitan pembelian ayam itik

al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada Tengku Raja Muda yang memerintahkan segala pekerjaan yang di bawah singgasana  tahta  kerajaan Duli Yang Dipertuan Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian kehadapan sahabat kita Senyur Gubernor yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan di dalam negeri Pulau Pinang Darul Husus  amin thumma amin 


ada pun kemudian daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita akan ahwal suruhan sahabat kita Jaga2 Kapitan Kam  itu telah sampailah kepada kita daripada menyatakan hal sahabat kita minta tolong daripada makanan ayam itik dan segala buah buahan yang makanan melainkan kita tolong sahabat kita yang mana kita dapat di dalam Selangor seperti ayam ada sedikit kita dapat dan itik hendak kita beli dua suku di dalam seekor pun tiada dapat di dalam Selangor dan seperti buah buahan sudah lepas daripada musimnya di dalam Selangor maka tiadalah sepertinya tanda ikhlas juga adanya maka kita lepaslah dia kembali ke Pulau Pinang Kapitan Kam itu melainkan kita empunya tabik banyak2 kepada sahabat kita jangan sahaca  sahabat kita maafkan akan hal hadiah daripada sahabat kita kain putih dua kayu telah wasallah kepada kita dengan selamatnya melainkan jikalau sahabat kita hendak lagi daripada ayam seperti ikan dan barang yang dapat di dalam Selangor melainkan sahabat kita menyuruh kembali ke Selangor segera intaha al-kalam 

No comments:

Post a Comment