Sunday, October 28, 2018

Encik Tim Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.39) berkaitan dagangan

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah warkah l-ikhlas  yang termaktub dalamnya dengan beberapa tulus ikhlas serta kasih sayang tiada berhingga daripada siang dan malam pagi dan petang iaitu daripada Encik Tim di dalam negeri Selangor datang kepada Tuan Gurnador di Pulau Pinang yang beroleh kebesaran dan kemuliaan dan lagi mengasihi segala dagang yang ada datang ke Pulau Pinang dan lagi bertambah2 kiranya kebesaran dan kemuliaan daripada Tuhan sekian  alam ini ada 


kemudian daripada itu barang tahu kiranya Tuan Gurnador akan hal surat yang dikirimkan kepada sahaya itu telah selamatlah sampai kepada sahaya dengan sejahteranya sekian di dalam surat itu tahulah sahaya maka sekarang ini sahaya duduk di dalam Selangor sama juga duduk di Pulau Pinang siang dan malam pagi dan petang tiada lupa kepada Tuan Gurnador maka sekarang ini hendak juga mencarikan tuan dagangan barang sifat  dapatnya apatah dia sahaya tangan sudah kosong jika bagi dahulu boleh juga sahaya kampungkan dagangan sedikit2 sekarang ini tuan Gurnador pun tahulah akan hal sahaya duduk dalam Selangor hendak berutang  pun orang tiada percaya lagi kemudian daripada itu jika ada diberi Allah Taala ada hayat sahaya bertemu juga dengan tuan suatu pun tiada tanda hidup ada ikan kering seratus ekor tamat tersurat kepada delapan hari bulan

No comments:

Post a Comment