Monday, October 29, 2018

Surat ambilan duit Encik Acang dan Nakhoda Kecik daripada Francis Light (MS 40320/4, f.41) 5 Jamadil Akhir 1208, Isnin (6 Januari 1794)

Sanah 1208 tahun jim kepada lima hari bulan Jamadil Akhir hari Isnin waktu duha bahawa pada ketika maka adalah dewasa itu Dato’ Nakhoda Kecik dan Ecik  Acang  pada menyatakan mengambil rial pada Dato Gurnador Raja Pulau Pinang seratus rial akan belanja orang menebas dan menebang utan  kaki bukit tamat


sebagai lagi kepada delapan hari bulan Rejab kepada hari Jumaat maka Cik Acang mengabil  rial kepada Dato seratus rial tamat

sebagai lagi pada hari Selasa Cik Acang mengabil  rial kepada Dato’ rial lima puluh beras delapan belas guni jadi seratus rial tamat

sebagai lagi pada empat belas hari bulan Saaban  hari Sabtu Cik Acang mengabil  rial kepada Dato’ seratus rial tamat

sebagai lagi pada hari Selasa Cik Acang mengabil  rial lima puluh enam rial beras enam belas guni jadi seratus rial tamat
sebagai lagi pada selembilan  likur hari bulan Ramadhan kepada hari Jumaat Cik Acang mengabil  rial kepada Dato’ tengah dua ratus rial tamat

No comments:

Post a Comment