Wednesday, October 31, 2018

Surat Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/6, f.9) berkaitan hutang (Khamis, 15 Rejab)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai pada Tuan Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana2 


kemudian dari itu ahwal adalah Kapitan Ushkut  beri mari surat pada perhamba baki rial empat ratus pada perhamba maka sungguh ada rial itu pada perhamba maka perhamba ambil hasil kapal yang dibeli pada orang Aceh harganya empat ribu seratus rial maka hasil negeri pada seratus enam rial pada yang membeli jadi dua ratus empat puluh enam rial dan dalal perhamba putuskan beri itu pada seratus serial jadi empat puluh serial dan Kapitan Uskut  beri mari surat bahasa Inggeris pada harapannya orang Cina kwantung duduk di dalam kapalnya minta rial seratus pada perhamba maka perhamba berilah rial seratus itu dan Nakhoda Abu Bakar Lebai ambil tali sabit satu utas harga tiga belas rial jadi jumlah sekalian fasal itu empat ratus rial maka sekarang ini sekalian fasal itu kapitan itu tiada mau terima maka itulah perhamba maklumkan pada Tuan Gurnador dari kerana segala adat saudagar dan perintah negeri itu telah maklum pada tuan apa yang jadi benar pada Tuan Gurnador itulah perhamba turut jangan ia kata lagi perhamba berhutang buat surat pada hari Khamis lima belas haribulan Rejab tamat

No comments:

Post a Comment