Thursday, October 25, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.26) berkaitan hutang (Ahad, 16 Muharam)

Ya ‘Aziz al-Rahim

Alamat surat tanda tulus dan ihlas  serta suci putih hati iaitu daripada Tengku Raja Muda yang duduk istirehat di dalam negeri Selangor Darul Husus  barang disampaikan Allah Tuan  seru alam apa kiranya datang kepada sahabat kasih Gurnador yang duduk di Pulau Pinang yang  dipeliharakan Allah Subhanahu Wa Taala kepada malam dan siang 


kemudian daripada itu adala  kita nyatakan kepada sahabat kita akan hal ehwal kita endak  menyuruh membawa akan utang  kita kepada sahabat kita dari kerana khabar orang banyak peropok  di dalam Pangkor  dari kerana itu kita nyatakan kepada sahabat kita jikalau boleh sahabat kita menyuruh kapal barang satu ke Selangor supaya boleh segera sahabat kita terima utang  kita yang seribu tujuh ratus dua puluh lima ringgit jangan tiada dapat tiada sahabat kita menyuruh kapal ke Selangor kepada bulan Muharam ini juga kemudian jikalau tiada khabar parompok  itu daripada jalan itu kita menyuruh juga kepada sahabat kita kemudian daripada itu jikalau ada ubat bedil kita minta utang  barang dua tiga puluh tong kemudian lagi jikalau ada senapang barang dua tiga puluh kemudian daripada itu tiada apa tanda hidup hanya doa kepada malam siang tamat surat kepada hari Ahad nam  belas hari bulan Muharam ini kemudian daripada itu akan hal ehwal Nakhoda Panyuk  itu sahabat kita akan menolongnya barang hal ehwalnya tamat

No comments:

Post a Comment