Thursday, October 25, 2018

Surat isteri Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.22) berkaitan pembelian barang perak, timah, hutang dan beras (Ahad, 5 Muharam)

Qauluhu al-Haqq

Bahawa ini surat tanda tulus dan ihlas  serta suci hati yang putih selagi ada perkisaran cakerawala samsy  wa al-qamar thabit adanya daripada isteri Tenku  Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Shah yang memerintahkan bandar negeri Selangor Darul Khusus apalah kiranya barang disampaikan Allah subhanahu wa ta’ala kepada Dato’ Gurnador Pulau Pinang Darul Hasan 

adalah kita menyebutkan akhwal  kita menyuruhkan Lebai Abdul Khatib kepada Dato’ Gurnador kerana dahulu ada kita menyuruhkan Cu Asu  kepada Dato’ Gurnador kita mitak  tolong buat kalu’  perak dengan bugarnya  kerana kita andak  buat di Selangor tiada tukangnya yang boleh buat jikalau seperti sudah Dato’ Gurnador tolong buatkan melainkan Dato’ Gurnador serah beri kepada Lebai Abdul Khatib bawah  ke Selangor barang berapa harganya Dato’ Gurnador kabar  kepada Lebai Abdul Khatib syahadan kemudian daripada itu jikalau boleh muda2han kepada Dato’ Gurnador kita mitak  tolong jikalau ada seperti kaki lilin perak barang sepasang barang berapa harganya dan lagi jikalau boleh ketur  perak barang satu beratnya dua puluh ringgit syahadan kemudian daripada itu akan hal seperti timah itu adalah barang sedikit sudah terkampung kerana kita endak  suruhkan bawah  tiada boleh kerana perahu kaci  jikalau boleh Dato’ Gurnador suruhkan sulap  ke Selangor bersama2 dengan Lebai Abdul Khatib itu kemudian daripada itu jikalau boleh Dato’ Gurnador kita mitak  utang  dagangan seperti kain sedikit boleh kita tolong jual kampungkan timahnya akan hal dagangan itu yang mana perkenan kepada Lebai Abdul Khatib dan lagi jikalau boleh seperti beras barang dua koyan akan hal beras itu jikalau sulap  Dato’ Gurnador ke Selangor bersama2 dengan Lebai Abdul Khatib jikalau boleh Dato’ beri beras itu kita mitak  tolong bawah  kepadanya sulap  itu dengan tolong Dato’ juga akhwal  ini kita maklum izzah bertambah2 sihat berbuat surat ini kepada lima haribulan Muharam waktu hari Ahad pukul sembilan pagi hari tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment