Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa inilah surat tulus dan ikhlas serta suci putih hati iaitu daripada khadrat Duli Yang Dipertuan yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Tuhan semesta alam kepada sahabat kita Gubernor yang memerintahkan dalam negeri kota Pulau Pinang serta dengan masyhurlah warta ihsannya kepada negeri yang lain2 daripada memerintahkan segala hamba Allah yang miskin dengan segala dagang senteri yang pergi datang wa ba’dahu
kemudian daripada itu maka adalah sahabat kita menyuruhkan Kapitan Lat Bon datang kepada kita meminta timah sekarang sudahlah kita bicarakan timah itu sedikit2 sebagai lagi kita pinta bicarakan kepada sahabat kita besi lantai barang dua puluh pikul dan besi lantai yang empat pesegi sepuluh pikul dan lagi kunci peti barang lima biji dan lagi besi baja barang sepikul melainkan Kapitan Lat Bon itu jugalah sahabat kita suruhkan ia kembali ke Selangor membawa besi2 itu serta bolehlah kita bicarakan pula timah barang berapa dapatnya sebagai lagi seperti mana segala yang kita pesankan dahulu seperti bom dan meriam dan pekakas2 yang lain2 atau adakah atau tiada kerana Kapitan Glas pun baharu datang dari Benggala kerana kata sahabat kita seperti yang kita pesan2kan dahulu ada dan jikalau ada hendaklah sahabat kirimkan dan jikalau tiada pun bolehlah kita bicarakan kepada tempat lain sebab pun selama ini maka tiada kita bicarakan kepada tempat lain kerana sahabat kita mengatakan ada sebab itulah sangatlah harapnya kita kepada sahabat tersurat kepada empat belas haribulan Syaaban tamat al-kalam bi al-khair wa al-salam sanat 1202
No comments:
Post a Comment