Sunday, October 28, 2018

Surat Raja Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.35) berkaitan dagangan di Selangor termasuk beras, kain, permaidani, timah dan perkakas besi

Nur al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas yang tiada berkeputusan siang dan malam daripada peredaran matahari dan bulan iaitu daripada hadrat Duli Yang Maha Mulia yang semayam di atas Bukit Selangor barang disampaikan Allah tuhan kita seru sekalian alam kehadapan sahabat kita Senyur Gurnador yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan di dalam bandar Pulau Pinang serta dipeliharakan tuhan yang bernama Malik al-Rahman daripada marabaya fitnah dunia sekalian amin thumma amin 


ada pun kemudian daripada itu barang istifham kiranya sahabat kita akan ahwal kita memberi khabar kepada sahabat kita hal Kapitan Niksin  telah sudahlah selesai daripada perniagaannya di dalam Selangor seperti yang dibawaknya  seperti beras dan kain dan permadani  maka sekaliannya itu kita suruh tolong ambil kepada Sitam  maka selesailah sudah sekalian dagangan itu maka dia pun kita suruhlah kembali ke Pulau Pinang mendapatkan sahabat kita pada hal timah tiada dapat di dalam Selangor sekarang ini hanya ada empat bahara sepikul maka sudahlah kita beri ke tangannya melainkan kemudianlah jikalau ada untung sahabat kita sebab kita suruh nanti barang sepuluh lima belas hari kepadanya maka Kapitan Niksin  tiada sudi menanti maka kita lepaslah dia dari Selangor kembali ke Pulau Pinang intaha al-kalam kemudian lagi kita minta tolong kepada sahabat kita pekakas  besi pertama gerudi tiga yang besar sebagai la  ibu gaga  satu dan kecil sedikit dari ibu gaga  satu dan seperti kelengkang  satu dan kikir tiga pesegi  seluasan  hubaya2 jangan tiada melainkan hendaklah sahabat kita kirimkan dengan segeranya jikalau Kapitan Wilson  ke Selangor maka beri kepadanya

No comments:

Post a Comment