Sunday, October 28, 2018

Surat Syahbandar Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.37) berkaitan dagangan dan hutang (22 Ramadan, Ahad)

Nur al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang amat putih lagi hening jernih iaitu daripada Encik Mahbub Syahbandar Selangor yang amat daif bertambah2 dengan miskin tiada menaruh upaya barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya datang kepada hadapan sahabat sahaya iaitu Senyur Gurnado  yang memerintahkan kebesaran kompeni Inggeris di bawah angin ialah bermakam dengan istirehat di Pulau Pinang serta sangatlah sudah masyhurnya warta yang ihsan itu kepada segala2 negeri2 di barat dan di timur barang dikekalkan Tuhan kiranya Senyur Gurnador dalam kebesaran itu supaya boleh kita segala hamba Allah bernaung di bawahnya itu amin ya rab al-‘alamin wa ba’d al-kalam 


daripada itu barang takrif kiranya Senyur Gurnador akan ahwal surat di bawa oleh Nakhoda Jumaat itu telah selamatlah sampai kepada sahaya dengan sejahteranya fahamlah sahaya segala yang tersebut dalam warkah Senyur Gurnador itu dan sudahlah sahaya tolong daripada hal sukar dan sakitnya dan daripada hal hasil negeri pun sudahlah sahaya tolong tiadalah ia membayar daripadanya itu maka inilah sahaya suruhkan berbalik ke Pulau Pinang itu dengan segeranya ahwal inilah sahaya nyatakan kepada Senyur Gurnador itu dan lagi akan sahaya pun kepada bulan Saaban  yang datang ini juga sahaya pergi ke Pulau Pinang hendak mendapatkan Senyur Gurnador itu minta tolonglah modal itu dan lagi seperti orang sahaya Encik Samat  namanya yang ditinggal Nakhoda Sawal dahulu itu sekarang sahaya minta tolonglah pada Senyur Gurnador bicarakan orang itu suruh pulang bersama2 Nakhoda Sawal itu jika tiada juga Encik Samat itu mau pulang ke Selangor itu melainkan Senyur Gurnador tolonglah mintakan utangnya  kepada sahaya itu banyaknya seratus dua puluh ringgit dengan yang diambilnya baharu belayar dengan Nakhoda Sawal itu haraplah sahaya akan tolong Senyur Gurnador menerbitkan rial kepada Encik Samat itu tamat pergi surat kepada dua likur bulan Ramadhan pada hari yawm al-had 

No comments:

Post a Comment