Sunday, October 28, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.36) berkaitan dagangan (20 Rabiul Awal)

Ya ‘Aziz al-Rahim

Surat tanda tulus dan ihlas  serta suci putih hati itu daripada Duli Tengku Raja Muda wakil Sultan Ibrahim Sah yang memerintahkan bandar nenggeri  Selangor Darul Husus  itu barang disampaikan Allah Subhanahu wa Taala apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gurnador yang duduk di dalam nenggeri Pulau Pinang Darul Hasan ada pun kemudian daripada itu kasih yang tiada berkeputusan kekepada  malam dan siang serta muafakat kepada segala raja yang di barat dan di timur itu 


adalah kita menyatakan hal ahkwal  kepada sahabat kita akan hal dagangan kain bab  ta  sudah kita ambil sepuluh kodi kepada Kapitan Wilsin harganya tiga ratus tiga puluh ringgit itulah kita nyatakan kepada sahabat kita berbuat surat kepada dua puluh hari bulan Rab al-wal  kemudian daripada itu tiada apa tanda hidup hanya doa kepada malam dan siang kepada segenap al-lail wa al-nahar tamat

No comments:

Post a Comment