Al-Shams wa al-Qamar
Bahawa warkah al-ikhlas serta suci putih hati yang jernih iaitu daripada khadrat Maulana Paduka Seri al-Sultan yang semayam di atas tahta singgasana kerajaan di dalam negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan seru alam apalah kiranya kepada sahabat kita Gubernor yang memerintahkan di dalam negeri kota Pulau Pinang Darul Aman ialah yang amat setiawan serta bijaksana daripada melakukan sahabat bersahabat kasih berkasihan antara Selangor dengan Pulau Pinang supaya kekal selama lamanya serta mengasihi segala fakir miskin dagang senteri yang pergi datang maka masyhurlah warta ihsannya kepada segala negeri yang lain wa ba’dah
kemudian daripada itu maka adalah kita menyuruhkan Pengulu Jeram itu mendapatkan sahabat serta kita suruh membawa timah ada enam puluh bahara melainkan sahabat kita tolonglah bicarakan beras barang berapa termuat oleh perahu yang dua buah itu dan lagi kita pinta duit kepada sahabat kita barang lima ratus ringgit tetap duit yang harga seribu satu ringgit dengan duit yang harga dua ratus satu ringgit melainkan duit yang dua henis itulah kita pinta sebagai lagi kita pinta kepada sahabat kita Asahan yang halus barang dua kayu dan kain gajah yang halus barang sekayu dan lagi sutera maku yang baik2 barang dua bantal dan lagi paku belait barang sepikul besar paku itu adalah ukurannya kita berikan kepada Pengulu Jeram itu sebagai lagi seperti yang kita pesan2kan dahulu adakah atau tiada jikalau sudah ada melainkan kita pintaklah kepada sahabat dan lagi kita pinta timah hitam yang dibuat lapis kapal barang lima keping intaha al-kalam bi al-khair wa al-salam sanah 1201 tersurat di atas Bukit Selangor kepada sembilan likur hari bulan Syawal hari Isnin istilmal al-ramadhan
No comments:
Post a Comment