Thursday, October 25, 2018

Surat Sultan Selangor kepada Francis Light (MS40320/4, f.16) berkaitan pemergian Arung Temujung ke Pulau Pinang (Isnin, 3 Rabiul Akhir)

Shams wa al-Qamar

Ini surat tulus dan ikhlas suci putih hati yang tiada berhingga dan tiada berkeputusan iaitu dari hadrat duli Yang Dipertuan Selangor iaitu datang kepada sahabat kita Gobernur 


akan hal seperti Arung Temujung itu segala2 tiada kita menyuruhkan dia ke Pulau Pinang dengan pandai2nya sahaja tegal  ada petuturan Kapitan Glas  sama kita kata Arung Temujung kepada sahabat kita kita menyuruhkan dia segala2 tiada kita menyuruh dia itulah maka kita ingatkan kepada sahabat kita sebab putih hati kita kepada sahabat kita barang apa katanya Arung Temujung itu jangan sekali2 didengarkan oleh sahabat kita jangan nampak buruk kita kepada sahabat kemudian harinya sebagai lagi seperti perahu Aceh itu muatannya timah sembilan bahara kalau ada dia di Pulau Pinang banyaklah kalau a  dia kedengaran kepada sahabat kita barang di mana tolonglah bicarakan oleh sahabat kita inilah orang kita suruhkan melihat perahu itu tamat al-kalam pada hari Isnin kepada tiga haribulan Rabiul Akhir wau ha 

No comments:

Post a Comment