Saturday, October 20, 2018

Surat daripada Engku Maharaja Lela Pane kepada Francis Light (MS40320/3, f.73) berkaitan hutang dan perniagaan

Qawlu  al-Haqq

Bahawa ini alamat al-hayat sohifah al-ikhlas surat tulus dan ikhlas ini daripada Engku Maharaja Lela yang duduk bermakam dalam negeri Pane syahadan barang disampaikan Tuhan semesta alam dengan sentosanya kepada Tuan Kapitan Lak yang ada memegang perintah dalam negeri kota Pulau Pinang syahadan lagi amat mashur  limpah kemurahan akan segala rakyat dan lagi amat arif dan bijaksana pada melakukan perintah yang amat adil syahadan barang bertambah2 kiranya kekayaan dan kemuyaan  amin thumma amin wa ba’du 



kemudian daripada itu akan hal adalah saya menyuruhkan Nakhoda Itam dengan sebuah sampan mendapatkan tuan kapitan kerana saya hendak mintak tolong utangan dagangan barang lima ratus rial jikalau ada kasih serta tolong tuan kapitan kepada saya hendaklah tuan berikan kepada tangan Nakhoda Itam akan hal dagangan harganya mana patut tuan kapitan dengan Nakhoda Itam akan hal janjinya semua Siam sebagai lagi ada rotan sedikit mana patut tuan kapitan harganya kemudian daripada ini suatu pun tiada alamat daripada saya ada budak sorang tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment