Monday, October 29, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.55) berkaitan timah

Shams wa al-Qamar

Bahawa ini alamat surat daripada Tenku  Raja Muda Selangor barang disampaikan tu[h]an sarwa alam kepada sahabat kita Gurnador Pulau Pinang yang bertambah2 izzah dan sa’adah di dalam negeri dunia ini selagi ada perkisaraan cakerawala shams wa al-qamar sabit adanya amin2 wa ba’dah 


kemudian daripada itu akan hal akhwal  Nahoda  Fakir membawa timah nam  bahara banyaknya dengan benar kita syahadan sebagai lagi jikalau sahabat kita hendakkan timah melai[n]kan  suruh ke Selangor syahadan sebagai lagi sahabat kita kita ingatkan akhwal  lanun itu hendak melagar  Pulau Pinang kerana itu kita ingatkan kerana tanda putih hati kita kepada sahabat kita tamat

No comments:

Post a Comment