Monday, October 29, 2018

Surat Raja Muda Selangor kepada Francis Light dan James Scott (MS 40320/4, f.47) berkaitan pembelian meriam dan opium

Qawluh al-Haqq

Bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang putih lagi jernih iaitu daripada Raja Muda yang memerintah di bawah tahta  kerajaan Yang Dipertuan Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam sekalian apalah kiranya kehadapan sahabat kita Gurnador Raja yang memerintah di dalam bandar negeri kota Pulau Pinang serta dengan sahabat kita Kapitan Uskut yang mempunyai perintah kebesaran yang sangat termasyhur wartanya yang baik kepada segala negeri yang qarib dan yang bai’id sangat mengasihi segala anak dagang yang ada di dalam bandarnya serta yang keluar masuk di dalam bandarnya itu amma ba’du 


maka ada pun kemudian dari itu barang takriflah kiranya sahabat kita keduanya akan hal adalah kita menyuruh Tengku Su dan Nakhoda Ahmad kepada sahabat kita kedua kita minta tolong pedati meriam barang dua puluh jikalau boleh dengan segeranya dan opiun  barang berapa kasih hati sahabat kita dan besi lantai barang seratus pikul dan talam barang dua pikul dan bokor  barang sepikul dan lagi ada semambu empat ribu itu pun sahabat kita tolong ambil ahwal itulah telah haraplah kita sangat tolong sahabat kita kedua segala perkara yang tersebut di dalam surat itu tamat al-kalam kepada hari Sabtu

No comments:

Post a Comment