Nur al-Shams
Bahawa ini surat tanda tulus dan ikhlas serta putih hati yang tiada berhingga dan serta kasih yang tiadalah berkeputusan kepada tiap2 edaran cakerawala matahari dan bulan sabit juga adanya iaitu daripada khadrat Duli Yang Dipertuan Selangor yang ada masa ini bersemayam tahta kerajaan di atas bukit kota negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan semesta sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita iaitu Senyur Gurnador yang memerintahkan kota bandar Pulau Pinang serta dengan adil dan murahnya lagi menolongi dan mengasihi daripada segala dagang senteri yang pergi mari itu lagi amat meneguhi tali mahabat pada jalan berkasih2 kasihan daripada antara sahabat bersahabat handai taulannya itu bayna al-qarib wa al-ba’id amin thumma amin wa ba’dah
kemudian daripada itu sebab kita layangkan secarik kertas dengan sebaris dakwat kepada sahabat kita itu daripada kita menyatakan akan hal Raja Bayang itu kepada tatkala kita bermain2 dahulu masuk ke Perak itu maka adalah Raja Bayang itu mengabil utang kepada orang kita iaitu Syahbandar Mahbub itu ada pun yang diambilnya opiun sepeti dan kain beli dan perahu pencalang sebuah dengan surat tapak tangannya serta mualim kita daripada hal itu jumlah utangnya lima ratus ringgit dalam itu berjanji a’am lima bulan berbayar habis utangnya itu tatkala dia adalah duduk dalam Perak lagi itu empat kali kita suruh tunggu ke Perak kepada Ahmad Qassasi dengan dengan Nakhoda Sahyah maka dibayarnya tiga ratus dua puluh lima ringgit yang sudah kita terima ambil itu maka tatkala baki lagi utang Raja Bayang itu seratus tujuh puluh lima ringgit empat tahunlah sudah lamanya rial kepadanya belum juga berbayar habis kepada kita itu maka tiba2 baharu kita dapat khabar yang sah kepada orang kita puasa itu mengatakan Raja Bayang adalah ia duduk di bawah qintar kompeni Inggeris dalam perintah sahabat kita dalam Pulau Pinang itu ia duduk dengan tetapnya itu maka inilah kita memberi surat ini kepada sahabat kita serta Puasa itu kita suruh membawa surat ini pada sahabat kita itu melainkan hendaklah sahabat kita tolong mintakan rial itu kepada Raja Bayang lagi seratus tujuh puluh lima ringgit itu hubaya2 jangan tiada sahabat kita terbitkan rial itu haraplah kita sekali ini sahabat kita keluarkan juga rial itu kepada Raja Bayang itu jikalau ada lagi sahabat kita kenang dan kasih akan kita itu melainkan mintakan benar2 kepada Raja Bayang itu juga banyak tutur dan katanya jawabnya itu janganlah sahabat kita dengarkan kerana sangat sudah lamanya rial itu kepadanya itu haraplah kita akan adanya juga rial itu sahabat kita kirimkanlah kepada si Puasa yang membawa surat kita ini sungguh harta dan piutang itu Syahbandar yang empunya dia akan tetapi sudah kita terimakan utangnya kepada kita itu kerana Syahbandar Mahbub dia banyak utangnya kepada itu kita itu ahwal inilah kita nyatakan halnya ini kepada sahabat kita satu pun tiada daripada kita hanyalah doa siang dan malam tamat pergi surat kepada sembilan belas hari bulan Ramadhan hari Isnin intaha al-kalam
No comments:
Post a Comment