Thursday, October 25, 2018

Surat Syahbandar Selangor kepada Francis Light dan James Scott (MS 40320/4, f.30) berkaitan opium (18 Zulkaedah, Khamis)

Nur al-Shams

Surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang amat putih tiadalah berhingga iaitu daripada Syahbandar Selangor yang daif lagi miskin tiada menaruh upaya barang disampaikan Tuhan semesta sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat sahaya iaitu Senyur Gurnador Pulau Pinang serta Kapitan Uskut  yang memerintahkan kebesaran Kompeni Inggeris di bawah angin dan sangatlah sudah masyhur warta yang ihsan pada memeliharakan dagang senteri yang keluar ke laut dan sangatlah menolongi segala hamba Allah yang kesakitan dan kesukaran sahaya minta doa barang ditetapkan Tuhan kiranya selama2 itu dalam warta yang ihsan itu serta duduk dengan sihat dan afiat fi kulli waqt wa hin amin thumma amin amma ba’dahu 



daripada itu adalah sahaya menyuruhkan orang sahaya namanya Encik Sangga  bersama2 sulab Duli Yang Dipertuan itu mengadap sahabat sahaya Senyur Gurnador itu jikalau ada Senyur Gurnador serta Kapitan Uskut  itu menaruh percaya serta kasihan kepada sahaya orang tiada bermodal ini sahaya minta tolonglah opiun  yang baik barang dua peti atau sepeti kerana sahaya hendak disuruhkan Yang Dipertuan Selangor pergi ke sebelah timur kepada bulan haji ini mengambil puteranya  itulah makanya sahaya minta tolong jugalah opiun  itu insya Allah tiadalah lama sahaya suruhkan hantarkanlah harganya ke Pulau Pinang itu jangan tiada itu pun jika ada sahabat sahaya percaya jika tiada sudahlah dan lagi adalah perahu pencalang sahaya yang kepada Nakhoda Semail itu ada konon khabarnya di Pulau Pinang melainkan sahabat sahaya terlepalah  suruhkan dia pulang ke Selangor serta tolong bicarakan muati beras barang sifat dapatnya itu dalam bulan Zulkaedah ini juga Senyur Gurnador suruh ia belayar ke Selangor jika tiada Nakhoda Semail mahu berlayar pulang ke Selangor dengan segeranya serta tiadalah ia menurut perintah Senyur Gurnador itu melainkan sahabat sahayalah berdua wakil mutlak sahaya menerimanya modal sahaya kepada Nakhoda Semail itu pertama mata rial tiga ratus lima puluh ringgit dan dagangan enam puluh tujuh rial modalnya lela tembaga sepucuk rentaka besi sepucuk senapang enam pucuk lengkap ubat pelurunya sekali serta orangnya dalam perahu semuanyalah sahabat sahaya ambil serta janganlah diberi ia belayar ke sana sini lagi itu Senyur Gurnador serta Kapitan Uskutlah  wakil mutlak sahaya menerimanya adalah sebuah perahu sahaya dari Bernam adalah muat rotan Nakhoda Kulub  jika selamat ia sampai ke Pulau Pinang itu sahabat sahaya ambillah rotan itu muati beras juga barang semuatnya kerana sahaya hendak bawa beras itu ke sebelah timur itu dan lagi seperti Encik Samat  itu hendaklah Senyur Gurnador jugalah menolong mintakan utuknya  kepada sahaya seratus rial jika tiada rial Encik Samat suruh pulang bersama2 Encik Sangga  itu dan lagi ada surat sahabat sahaya kepada Pak Su Ali  dahulu menyatakan ada budak sahaya seorang Pandak  namanya hendaklah sahabat sahaya tolong juga itu jualkan harganya lima puluh rial jika tiada ia laku kirimkan kepada Encik Sangga  membawa sama  sahaya itu sekaliannya ini semuanya dengan penolong sahabat sahayalah sekali ini atas sahaya jika ada opiun  itu berikan kepada Encik Sangga  itu maka satu pun tiada tanda hayat hanyalah daripada sahaya halwah buatan Melaka satu takar tanda tulus ikhlas juga adanya tamat pergi surat kepada delapan belas haribulan Zulkaedah hari Khamis intaha al-kalam

No comments:

Post a Comment