Monday, October 29, 2018

Surat Syahbandar Selangor kepada Francis Light (MS 40320/4, f.42) berkaitan perdagangan beras (13 Rabiul Akhir, Selasa)

Nur al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati yang amat hening dan jernih tiada berhingga dan kasih yang berkeputusan selagi ada edaran cakerawala bulan dan matahari sabit juga adanya iaitu daripada Encik Mahbub bandar negeri Selangor barang disampaikan Tuhan sarwa alam apalah kiranya datang kepada Tuan Gurnador ada lebar  yang memerintahkan bandar Pulau Pinang serta adil murahnya daripada memeliharakan segala dagang yang keluar masuk itu serta bertambah2 juga martabat yang kebesarannya dan kemuliaannya serta dalam sihat dan afiat ‘ala al-dawam amin thumma amin wa ba’dah 


kemudian daripada itu barang maklum kiranya Tuan Gurnador itu adalah sahaya menyuruhkan adik sahaya sebuah penjajab namanya Nakhoda Abdul Majid itu ke Pulau Pinang mendapat Tuan Gurnador itu meminta bicarakan beras barang empat guni semuat2 perahu itu haraplah sahaya akan diberi beras semuat perahu itu akan harga adalah dibawa Encik Majid pembelinya beras itu melainkan mintalah sahayalah kepada Tuan Gurnador beras itu kerana sangatlah sakitnya beras di dalam Selangor itu maka itulah sahaya pintalah sekali ini kepada Tuan Gurnador boleh2 beras itu dan sahaya pun insya Allah kepada bulan Rejab adalah sahaya ke Pulau Pinang mendapatkan Tuan Gurnador itu satu pun tiada hanyalah doa suatu kirim tabik2 banyak2 tamat tersurat pada tiga belas hari bulan Rabiul Akhir kepada Selasa tam

No comments:

Post a Comment